Pertandingan menulis dalam talian yang terbesar di dunia

Dan para pemenang adalah ...

Penceritaan Visual

Sebuah gambar dikatakan melambangkan seribu kata tetapi pada tahun ini mungkin mampu menyambar Anugerah Watty. Anugerah Penceritaan Visual mengiktiraf cerita hebat yang dikisahkan menggunakan media untuk menghasilkan cerita yang unik, termasuk novel grafik, buku resipi dan sebagainya.

Pelopor

Sesetengah cerita melangkaui kebiasaan. Sama ada cerita ini pengolahan baharu pada genre yang telah wujud atau pelencongan sepenuhnya daripada biasa, anugerah ini mengiktiraf pengarah yang mempelopori bidang baharu.

Debut Penulis

Pandangan pertama meninggalkan kesan. Pada tahun 2016, beberapa penulis baharu yang hebat meninggalkan kesan kepada komuniti Wattpad. Anugerah Watty ini meraikan karya hebat pencerita yang pertama kali muncul pada tahun ini.

Permata yang Tersembunyi

Apakah cerita anda tidak menerima perhatian selayaknya? Fikir sekali lagi. Kami sentiasa mencari penulis berbakat di Wattpad. Wattys juga tidak terkecuali kerana kami sentiasa mencari cerita hebat yang pastinya digemari pembaca Wattpad.

Bacaan Mengasyikkan

Pernahkah anda membaca cerita yang mengasyikkan? Cerita yang anda tidak mahu berhenti membacanya meskipun anda tertidur di tengah-tengah ayat yang dibaca? Anugerah ini diberikan kepada penyertaan Wattys yang paling mengasyikkan.

Menjadi Perbualan Ramai

Cerita dalam kategori ini menghangatkan komuniti. Cerita ini mencetus perbualan, perdebatan dan interaksi - sehingga menuntut perhatian daripada kami. Ini merupakan cerita yang mencetuskan perbualan.

Edisi Pengumpul

Wattpadder gemar membina perpustakaan bacaan kegemaran mereka. Pemenang kategori ini ialah cerita yang paling banyak ditambahkan pada perpustakaan oleh komuniti Wattpad. Cerita ini mencetuskan pengumpulan!

Suara Baharu

Kadangkala kehadiran penulis baharu tidak disedari. Keadaan ini berbeza di Wattpad! Kami sentiasa mencari bakat baharu yang hebat dan anugerah ini menyoroti penulis baharu yang benar-benar berbakat.

Pilihan Ramai

Pada hari mengundi, hantarkan tweet anda untuk memaklumkan kepada kami cerita kegemaran anda. Anugerah Pilihan Ramai akan diberikan kepada cerita yang menerima paling banyak tweet.

Tahukah Anda?

45 Juta Orang Menggunakan Wattpad Setiap Bulan

Inilah peluang anda untuk mengetengahkan bakat menulis dan menyajikan cerita anda di hadapan jutaan pembaca!

Wattpad tersedia di seluruh dunia dan menyokong 50 bahasa... dan semakin meningkat

Sertai komuniti penulisan antarabangsa kami dan jadilah sebahagian daripada sesuatu yang besar.