Pertandingan menulis dalam talian yang terbesar di dunia

Luahkan suara anda. Inilah masanya untuk menyerlahkan diri anda.

Pertandingan tahunan Wattys ke-7 kini dibuka!
Serahkan cerita anda untuk menyertai peraduan ini dengan mengeteg #Wattys2016.
Tarikh akhir: 31 Ogos 2016


Sertai Peraduan dengan Mudah

Teg sahaja cerita anda #Wattys2016. Anda boleh menghantar sebanyak mana cerita yang diingini.
Belum mendaftar di Wattpad?
Klik di sini untuk mendaftar dan mula menulis cerita Wattys anda hari ini.

Pengiraan Detik Sudah Bermula

Ketahui perkara yang diperkatakan oleh pemenang tahun lalu tentang
Watty's Awards tahunan oleh Wattpad!

Tahukah Anda?

45 Juta Orang Menggunakan Wattpad Setiap Bulan

Inilah peluang anda untuk menonjolkan penulisan anda dan menampilkannya pada jutaan pembaca!

Wattpad boleh didapati di seluruh dunia dan menyokong 50 bahasa... dan semakin bertambah

Sertai komuniti penulisan antarabangsa kami dan ikut serta dalam acara yang besar.

Kategori

Wattys mengiktiraf semua jenis bakat penulisan - penulis yang disanjung mahupun pencerita baharu, kami ingin mendengar daripada anda! Wattys dianugerahkan dalam lebih sepuluh kategori yang berbeza untuk menampilkan sebanyak mana penyertaan hebat yang mungkin

Pilihan Ramai


Anugerah ini diberikan kepada cerita yang memperoleh paling banyak tweet, undian dan hati daripada Wattpadder. Jika anda sudah lama menyimpan hasrat untuk menyuarakan cerita yang layak menerima Watty, inilah peluang anda. Sertai kami pada 5 Ogos 2016 dan undi cerita kegemaran anda di Twitter.

Pelopor


Sesetengah cerita melangkaui kebiasaan —sama ada cerita ini pengolahan baharu pada genre yang telah wujud atau pelencongan sepenuhnya daripada biasa. Adakah cerita anda sesuatu yang sama sekali berbeza? Teg #Trailblazers dan #Wattys2016 pada cerita

Debut Penulis


Adakah anda baru menggunakan Wattpad dan bersedia untuk dikenali? inilah peluang anda untuk berkongsi cerita dan dipaparkan dalam tumpuan. Untuk melayakkan diri memenangi Anugerah Penulis Debut ini, anda mestilah telah menulis cerita pertama anda pada tahun 2016. Teg #Wattys2016 pada cerita anda untuk menyertai pertandingan.

Permata yang Tersembunyi


Anugerah ini menyoroti Wattpadder berbakat yang menulis cerita menarik. Apakah cerita anda tidak menerima perhatian selayaknya? Teg #Wattys2016 pada cerita anda sekarang!

Bacaan Mengasyikkan


Anugerah ini meraikan cerita yang mengasyikkan - cerita Wattpad yang menjadikan pembaca ingin terus membaca dari awal hingga akhir. Ingin tahu sama ada cerita anda mengasyikkan? Teg #Wattys2016 pada cerita dan kami akan memberitahu anda.

Menjadi Perbualan Ramai


Sesetengah cerita sememangnya mencetuskan perbualan, perdebatan dan pelbagai reaksi. Adakah ini seperti sesuatu yang pernah anda tulis? Jangan lepaskan peluang anda menuntut anugerah ini dengan mengeteg #Wattys2016 pada cerita.

Edisi Pengumpul


Wattpadder gemar mengumpulkan cerita kegemaran dalam perpustakaan mereka agar dapat dibaca berulang kali. Kategori ini menganugerahkan cerita yang paling banyak ditambahkan pada perpustakaan tahun ini. Adakah cerita anda antara yang paling didambakan? Teg #Wattys2016 pada cerita untuk mengetahuinya!

Suara Baharu


Adakah anda menganggap peluang untuk memenangi Watty amat tipis? Fikirkan semula - Wattys adalah tentang pencarian bakat baharu dan mempromosikan penulis yang belum dikenali. Teg #Wattys2016 pada cerita anda - anda mungkin orang yang kami cari selama ini!

Pilihan Staf


Anugerah Pilihan Staf mengiktiraf cerita yang paling digemari oleh staf di Ibu Pejabat Wattpad. Di Ibu Pejabat, cerita yang hebat hangat diperkatakan dan Wattpad mempunyai banyak cerita untuk memenuhi cita rasa kami. Teg #Wattys2016 pada cerita anda untuk mengetahui sama ada cerita anda termasuk dalam senarai kegemaran kami tahun ini!

Kategori

Wattys mengiktiraf semua jenis bakat penulisan - penulis yang disanjung mahupun pencerita baharu, kami ingin mendengar daripada anda! Wattys dianugerahkan dalam lebih sepuluh kategori yang berbeza untuk menampilkan sebanyak mana penyertaan hebat yang mungkin