Dan, Pemenang Anugerah Wattys 2019 adalah...

About Wattys

COMING SOON TO WATTPAD BOOKS

Congratulations to , author of . This story has been selected by our judges and our Wattpad Books team to be developed into an upcoming Wattpad Books title. Look for it on bookshelves soon! Follow @WattpadBooks on Wattpad for future announcements and updates.

ROMANTIKA

Anugerah ini meraikan penulis cerita yang menawan hati- mereka yang memainkan hati perasaan kita dan menuntut penglibatan emosi kita, sementara mereka mengolah jatuh dan bangun perasaan manusia pada kita. Dalam erti kata lain, cerita ini membuatkan para juri jatuh cinta pada bacaan yang pertama- dan kami rasa anda pasti akan tertawan juga.

FANTASI

Anugerah ini mengiktiraf para pereka dunia- merekalah yang membawa kita ke alam pengembaraan fantasi, pertempuran berani mati, dan perjalanan epik untuk menyelamatkan manusia, kerajaan atau dinasti. Sama seperti penulis yang pernah membawa kita mengembara ke teras Bumi, ke Narnia dan nun di sebalik The Wall. Anugerah Fantasi meraikan cerita Wattpad baru yang meneroka tanah baru, cerita rakyat purba, keupayaan sihir atau makhluk ghaib.

DEWASA BARU

Anugerah ini mengiktiraf cerita jatuh bangun kehidupan berkerjaya, serta cinta di era kegemilangan antara usia remaja dan 20an. Cerita-cerita ini menjelajah detik kehidupan bersendirian ke awal kedewasaan, sama ada hidup bersama teman serumah, mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian, atau meneroka seksualiti untuk kali pertama. Cerita-cerita segar ini memberi suara bagi mereka yang sedang mencuba menjadi 'dewasa' di era masakini.

FIKSYEN SAINS

Anugerah ini eksklusif untuk para pemikir yang melangkaui masa, iaitu para penulis yang membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri kita. Mereka yang membongkarkan realiti baru dan menghantar kita ke ruang kosong infiniti. Anugerah Fiksyen Sains mengangkat cerita-cerita yang berpaksikan sains dan teknologi. Seperti karya-karya hebat Star Trek, Westworld atau The Fifth Seasons, fiksyen sains mencabar kita untuk berfikir lebih luas dan berbeza daripada dunia yang kita tempati ketika ini.

YOUNG ADULT

Anugerah ini menjulang penulis berpotensi (atau yang berjiwa muda) yang mengemudi pengalaman remaja. Sama ada menangani kehilangan seseorang, meranduk isu jantina dan seksualiti, berdepan dengan teman sekolah yang diminati dalam diam, cerita-cerita ini merakamkan suara hati remaja yang sebenar dan pertaruhan emosi semasa membesar. Cinta pertama, kehilangan pertama, konflik pertama dan semua yang kali pertama. Cerita-cerita ini membuktikan kisah remaja masih menggetarkan releven pada semua peringkat umur.

MISTERI & THRILLER

Anugerah ini bagi memberi penghormatan kepada para penulis yang membuatkan kita jadi resah gelisah dan membuatkan mata kita kekal melekap pada skrin. Sama ada kita sedang menyelesaikan sebuah kes jenayah, atau kita sedang berlumba dengan masa untuk menghalang sesuatu daripada berlaku, Anugerah Misteri dan Thriller mencari cerita-cerita dengan plot yang kompleks, pertaruhan yang tinggi atau suspens-suspens yang membangkitkan detektif dalam diri kita.

SERAM & PARANORMAL

Anugerah ini untuk pemburu rasa takut, iaitu para penulis yang berusaha untuk mengambil-alih mimpi ngeri kita. Sama ada tentang yang telah mati atau yang abadi, makhluk supernatural, Anugerah Seram dan Paranormal meraikan cerita-cerita yang membawakan semua seram sejuk. Cerita-cerita yang memangsa kita dengan ketakutan kita yang terbesar sehingga kita tidak boleh tidur malam. Bersedia, ambil lampu suluh anda.

FIKSYEN SEJARAH

Anugerah ini mengiktiraf penulis yang membawa kita merentasi masa lampau, merekalah yang mencipta dunia yang subur, latar yang bersejarah, seni bina penuh estetika, taktik perang kerajaan Rom dan semua di antaranya. Anugerah Fiksyen Sejarah adalah untuk cerita baru yang memberikan kita gambaran sekilas bagaimana kehidupan di zaman yang berbeza melalui pandangan mata seorang tokoh sejarah yang terkenal atau watak ciptaan asli. Sudah bersedia untuk mengkaji sejarah? Teruskan membaca.

FANFICTION/FIKSYEN PEMINAT

Anugerah ini menghargai cerita baru Wattpad yang memberikan kita dunia-dunia yang kita sayangi, watak-watak yang kita kenali, dan cerita-cerita yang teramat kita gemari. Fandom penulis Wattpad tidak punya sempadan dan cerita-cerita inilah buktinya. Cerita-cerita yang telah menang ini mencabar dan mengubah permulaan, pengakhiran dan perhubungan namun mengekalkan intipati kisah. Cerita-cerita ini memberi alternatif segar, olahan semula dan cabang baru dalam jalan cerita kepada watak dan dunia kegemaran - serta menawarkan sedikit lagi masa bersama mereka selepas buku tamat dan kredit dipaparkan.

PUISI

Anugerah ini meraikan para pemuisi, mereka yang melenturkan bentuk dan bunga bahasa untuk membangkitkan emosi. Anugerah Puisi menghargai tukang-tukang bahasa yang secara radikal membentuk semula bahasa untuk mengkhabarkan kisah dan menggunakan gambaran dan kiasan untuk membawa keluar perasaan yang mendalam. Koleksi puisi yang tegar membawa tema-tema dan watak-watak di sepanjang jalan hingga ke akhirnya. Seperti para sasterawan dan pemuisi mapan negara yang tahu benar bagaimana melentur bahasa dan mengundang rasa dalam susunan aksara.

NON-FICTION

This award shines a spotlight on real-life storytellers who weren’t afraid to put their truths to the page. The ones who told us authentic stories through prose and encapsulate unique lived experiences. From political realities to personal essays, these stories prove that real life can be just as interesting as fantasy.

LITERARY FICTION

This award recognizes the writers who artfully wove language and prose with style. The stories who explored the inner and outer lives of characters. The contemporary stories that explored the profundity of the human condition. Looking for enlightening and slow-paced narratives like The Road, Less, and Exit West? These Watty winners will deliver.

Newsletter sign up

Sign up for the Wattys newsletter and get tips & advice for your Wattys submission!